Jan 4, 2013

FHYS

Bismillah....


Pagi yang sangat dingin. Baru lepas "dikejutkan". Terus jadi segar. Tapi mata masih mengantuk gara2 tidur baru 2 jam. Terlintas mahu menulis isi hati.

Hakikat kehidupan terlalu kompleks untuk difahami. Misteri hati menjadi lebih misteri. Misterinya berliku liku. Terkadang sebijak mana pun, setenang akal berfikir dan hati berzikir, pasti kekeliruan dan kebuntuan itu hadir dalam hidup kita sebagai salah satu episod hidup kita.

Sedangkan hamba yang taat pn mengalami kekeliruan dan kebuntuan, inikan pula kita yang banyak melakukan dosa.

Jika pandang ini secara positif, pasti kita akan temui jawapan. Kerana di tengah kebuntuan kadang kadang Allah datangkan cahaya. Cahaya yang menjadi bukti kasih sayang Allah. Takkan sebagai hamba kita nak menanti sahaja apa yang diberi oleh Pencipta. Mestilah usaha kan untuk merungkai hakikat kehidupan yang kompleks tu.

Maka, datangkanlah solat dan berdoa. Merintihlah! Kerana rintihan itu adalah tanda kehambaan diri kita dan kelemahan diri kita disisi Allah. dan rintihan itulah kekuatan bagi kita untuk menghadapi ujian manusia di dunia. SABAR dalam ujianNYA, dan kunci kelapangan dada adalah dalam sujud kepadaNYA.

ps: ini adalah semangat untuk diri sendiri. bangkitkan semangat sendiri di pagi hari.
FHYS = formula hati yang sedih


bersabarlah~

4 a.m - kamarrintihan