Jan 5, 2013

Barakallah!

Assalamualaikum..

Hari ni 5 januari 2013. One of my ex-classmate and ex-dorm mate mendirikan rumah tangga.



Dan post ini khas buat Zakiah.

Kiah,
Tahniah syg! Tak sangka kan dalam dorm tu Zati and Kiah langsung dulu :)
Kita semua merancangkan, tapi Allah yang tentukan segalanya. Memang sangat berbahagia untuk kiah dan hakim.

Ingat lagi masa kiah call kita semula masa kiah balik Msia awal tahun lepas. Kita cerita panjang2. Kite tersangatlah excited sebab kite tak keep in touch pun dengan budak2 f01 yang lain. Mungkin sebab salah kite kot sibuk kan ape entah!
Tapi sungguh masa tu sangat gembira kiah call kita.!
Part conversation kita biarlah rahsia....hehe

Tiba2 December lepas kiah bagitau nak nikah dan kita sangat terkejut. But dont get me wrong. Kita terkejut GEMBIRA! Tak sangka kan. Apa yang kita rancang lain, dan Allah dah susunkan cantik je!

Anyhow, sangat gembira untuk Kiah. Kita doakan Kiah sentiasa sabar dan tabah dalam mengharungi alam rumah tangga( cewwwahhhh mcam kite je dah kahwin! ~ main cakap je ni)

Semoga terus berbahagia dan saling faham memahami antara satu sama lain. Bertuah Hakim dapat Kiah yang comel! Semoga korang bercinta sampai ke syurga hendaknya. Ameen!

buat hakim, please take a good care of our precious one.

ps: and tak sangka Hakim yg merupakan classmate sejak darjah 2 dulu kat SRI ABIM, then ke SHAMS , lepas tu jmpe lagi di KISAS adalah teman sampai syurga Kiah! gembira dan terharu hari ni.

apa apa pun, doa buat kalian sentiasa! SELAMAT PENGANTIN BARU :)

Jan 4, 2013

FHYS

Bismillah....


Pagi yang sangat dingin. Baru lepas "dikejutkan". Terus jadi segar. Tapi mata masih mengantuk gara2 tidur baru 2 jam. Terlintas mahu menulis isi hati.

Hakikat kehidupan terlalu kompleks untuk difahami. Misteri hati menjadi lebih misteri. Misterinya berliku liku. Terkadang sebijak mana pun, setenang akal berfikir dan hati berzikir, pasti kekeliruan dan kebuntuan itu hadir dalam hidup kita sebagai salah satu episod hidup kita.

Sedangkan hamba yang taat pn mengalami kekeliruan dan kebuntuan, inikan pula kita yang banyak melakukan dosa.

Jika pandang ini secara positif, pasti kita akan temui jawapan. Kerana di tengah kebuntuan kadang kadang Allah datangkan cahaya. Cahaya yang menjadi bukti kasih sayang Allah. Takkan sebagai hamba kita nak menanti sahaja apa yang diberi oleh Pencipta. Mestilah usaha kan untuk merungkai hakikat kehidupan yang kompleks tu.

Maka, datangkanlah solat dan berdoa. Merintihlah! Kerana rintihan itu adalah tanda kehambaan diri kita dan kelemahan diri kita disisi Allah. dan rintihan itulah kekuatan bagi kita untuk menghadapi ujian manusia di dunia. SABAR dalam ujianNYA, dan kunci kelapangan dada adalah dalam sujud kepadaNYA.

ps: ini adalah semangat untuk diri sendiri. bangkitkan semangat sendiri di pagi hari.
FHYS = formula hati yang sedih


bersabarlah~

4 a.m - kamarrintihan

Jan 1, 2013

Tekad 2013

Assalamualaikum.

Alhamdulillah setelah berbulan bulan lamanya menyepi. Hari ini hari pertama 2013. Saya punya tekad sendiri. Tapi sangat sangat takut pada hakikat akan gagal dalam tekad 2013 tu. Tekad lama yang sepatutnya dari dulu lagi saya lakukan. Mungkin diri ini sangat lemah. Nampak luaran seperti sempurna, tapi hanya Allah mengetahui. Allah Maha Mengetahui.

Jadi, permulaan hari pertama saya 2013, saya punya 1 perkongsian. Dari diri sendiri. Untuk diri sendiri.


Jadi baik. Baik bagaimana? Terlalu banyak yang perlu dibaiki sebenarnya. Tapi saya mulakan dengan bismillah. Moga-moga saya jadi kuat untuk ini.

Nak jadi istiqamah dalam menjaga aurat. :)
Ayuh, jadi lebih baik :D